Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Peluang Menyertai Tinjauan ke Ulu Bendul Dan Bukit Putus Bersama Kru 666

Sukacita dimaklumkan kepada semua pembaca blog ini, kru 666 akan membuat tinjauan seterusnya ke Ulu Bendul dan Bukit Putus, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 1 Oktober 2011.

Kami dijangka akan bertolak pada jam 12 tengah hari dan tiba di lokasi kira-kira 2 jam kemudian.

Pelbagai kisah menarik berhubung penampakan entiti paranormal didakwa berlaku di 2 kawasan terbabit, sila Google dan pembaca akan lebih faham maksud kami. 

Kru akan bermalam di lokasi sasaran dan dijangka pulang pada 2 tengah hari 2 Oktober.

Kepada fact finders berminat untuk menyertai tinjauan terbabit, sila hubungi kru 666, Razali Harun di talian 016  231 5812 secepat mungkin.

Kami hanya akan membawa 7 individu berminat sahaja.

0 Komen :