Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

MISTERI BANGUNAN TINGGAL

Menjelang tengah malam Jumaat lalu, Kru 666, saya, Razali, Boy, Jet, Suhaimi, Adam bersama rakan, Iznur Mohd Amzah, Mohd Azimin Abasah, Joe Lee dan beberapa penduduk kampung, bergerak menuju ke lokasi dirahsiakan.


Sebelum memasuki kawasan berpagar itu kami bertemu bekas pengawal keselamatan, Baharim Abu, 57 tahun.


"Saya menjadi pengawal keselamatan di sini lebih kurang 7 tahun. Saya pernah kena, di dalam kawsan itu  ada bilik, tempat tidur saya. Waktu siang hari saya kena, hari Jumaat, tiba-tiba dia ajak saya sembahyang di tempat dia, saya dibawa dia ke alam dia. Ramai orang dia, memakaii baju macam orang pergi ke Mekah tetapi berwarna kuning, orang bunian. Ramai orang dia. Saya dibawa ke dalam kawasan hutan inilah, masjid dia macam masjid kita, ada bacaan khutbah. Bercakap dalam Bahasa Melayu. Tempat itu bersih.  Dia ajak saya sembahyang, saya pergi sembahyang. Sebaik habis sembahyang, sewaktu bacaan doa, tiba-tiba orang rumah saya menelefon. Abang tidak pergi sembahyang Jumaat ke? Dia bertanya. Saya beritahu dia, saya tengah berdoa selepas sembahyang. Kejadian itu berlaku kira-kira setahun lalu. Ketika itu baru saya perasan, saya tengok semua jemaah, pakaian saya sahaja berbeza. Mereka pakai ihram berwarna kuning. Muka, warna kulit mereka semua macam kita," jelas Baharim.


Berikut gambar bekas tempat Bahrim bertugas.


"Perempuan bunian cantik ke?," soal Iznur.

"Cantik. Kali kedua, saya diajak, jomlah pergi berehat di taman kami, saya ikut mereka. Wah! Sepanjang jalan, di kiri dan kanan penuh dengan dayang dayang dia. Saya berasa amat pelik. Selepas itu saya memberitahu isteri. Kawan, orang lama di sini berkata, kamu jangan ikut mereka. Di sini ada dua jenis bunian, beragama Islam dan kafir. Saya beritahu mereka, kamu dengan alam kamu, saya hanya bertugas di sini," tambahnya.

Kami kemudian meneruskan tinjauan.


Kawasan itu gelap gelita, hanya cahaya lampu suluh menerangi jalan kami lalui.


Kami dibawa ke beberapa lokasi dikatakan berpuaka.


Malangnya peralatan elektronik kami bawa tidak berjaya mengesan sebarang bunyi ganjil dan merakamkan imej atau visual membabitkan entiti paranormal.

Tinjauan kami disertai penduduk kampung, Anuar Mohd Yusof, 26 tahun dan Che Abdul Farizwan Che Abdul Wahab.

"Di hadapan sana, ada bekas chalet. Pernah ada orang tua berbangsa Cina mati di atas katil di bilik itu," ujar Anuar.

Pantas kami berjalan menuju ke lokasi dimaksudkan.


Adam, Razali, Suhaimi, Jet dan saya kemudian memasuki bekas chalet itu.


Boy mengekori dari belakang sambil memakai alat Perakam Audio Parabola. Tanpa berlengah, Razali menggantung Kamera Pengesan Pergerakan Infrared di bucu dinding bilik usang itu.


Jet dan Suhaimi berpeluang memerhatikan katil roboh dari jarak dekat.


"Mungkin ini katil dimaksudkan," ujar Suhaimi.


Hampir jam 1 pagi, berhati-hati kami melangkah keluar dari chalet itu.


... dan menunggu rakaman selama kira-kira satu jam bersama kru Penyingkap Fakta lain di luar.


Barangkali unggas rimba atau serangga terbang juga menyedari kehadiran kami di kawasan telah ditinggalkan kira-kira 18 tahun itu.


Beikutan permintaan ramai, Azimin kemudian bertindak sebagai mediator


"Nama kamu siapa?," soal Adam.

Azimin hanya mendiamkan diri dan berlegar di kawasan sama.


"Tunjukkan kami jika terdapat perkampungan orang bunian di kawasan ini," kata Adam.

Azimin masih mendiamkan diri namun tubuhnya kelihatan berpeluh.

"Aku hendak balik ... Aku hendak balik ..."

Tiba-tiba Azimin bersuara perlahan.


Adam kemudian pantas memanggil nama Azimin berulang kali sebelum dia kelihatan kembali sedar.

"Ada dangau dan tangga tinggi di atas sana," celah Azimin sambil menunjuk ke arah kawasan berbukit berhampiran lokasi kami berdiri.


Kamera Perakam Pergerakan Infrared gagal merekodkan sebarang visual di dalam bekas chalet itu.

Jam 1.49 pagi, kami semua bergerak keluar dari kawasan terbabit. Agak penat berjalan di denai, ditumbuhi pokok hutan di kiri dan kanan.

Terasa peluh memercik di dahi sekaligus terbayang kesejukan Nescafe 'O' Ais.


Tepat jam 2.30 pagi kami berada di lokasi kedua, bangunan bertingkat tanpa penghuni.


"Bangunan ini memang gelap. Sebelum ini kami selalu main motosikal di kawasan ini, bising dan pernah dibaling dengan kon. Kami main lagi, tiba-tiba muncul lembaga tinggi bermata merah di kawasan parkir, kami cabut!," dakwa Farizwan.

Anak kelahiran Kelantan itu kelihatan bersungguh-sungguh menceritakan kejadian aneh ditempuhnya bersama rakan sekampung.


Sebaik memasuki bangunan, Azimin merakamkan gambar pegun dan video menggunakan kamera digital.


Kami kemudian bergerak ke ruang seperti bilik darjah di bawah tanah.


"Kak Jet nampak tidak 'benda' saya nampak?," soal Adam tenang.

"Nampak, lembaga kurus, dari dinding sebelah kiri bergerak ke sebelah kanan," jawab Jet spontan.


Ketika itu Azimin berkebetulan sedang merakamkan video.


Berikut, hasil rakaman audio dan video di lokasi sama.


Jika pembaca menggunakan pembesar suara berkualiti, dengarkan secara teliti bunyi dengusan kuat di saat ke 4 dalam rakaman di atas.

Lebih pelik, di tingkat bawah, sewaktu Razali dibantu oleh Boy, memasang Kamera Pengesan Pergerakan Infrared, kami terdengar bunyi bak bola ping pong di lontar di kawasan berhampiran.


Bunyi itu amat jelas kedengaran sehinggakan kru Penyingkap Fakta, Joe kelihatan terpinga-pinga.

"Memang clear macam bunyi benda hollow di baling ke lantai dan bergolek," kata bekas wartawan itu.

Beberapa kru cuba mencari objek dimaksudkan namun tidak menemui sebarang objek mampu bergolek di atas lantai.


Biarpun agak penat, semangat semua kru tetap berkobar-kobar diringi debaran semakin memuncak.


(Anuar di hadapan, Joe di belakang)

Kami kemudian bergerak setingkat lagi di bawah.


Azimin kemudian diminta menjadi mediator buat kali kedua.


Menggunakan Jangkasuhu Infrared, Jet memaklumkan kami, suhu di sekeliling, 84°F.


Jet kemudian bergerak sedikit jauh dari Azimin sekaligus jangka suhu diserahkan kepada Razali. Untuk rekod, suhu dinding simen di sekeliling pada jam 4.12 pagi, 78°F.


Adam bertanyakan beberapa soalan kepada Azimin namun tiada jawaban diterima. Cuma sekali sekali, Azimin menjerit tidak bak tidak ketentuan. 


Suhu tubuh Azimin pada ketika itu naik secara mendadak, mencecah 90°F.




"Cuba sukat suhu badan kru berada di sekeliling kita ini untuk perbandingan," pinta saya kepada Razali.

Lebih menarik saya meminta Boy melalukan tangan dilumurkan dengan minyak Kasturi Syifa', di muka Azimin, dia secara spontan kelihatan berang dan melarikan diri ke tepi dinding.

Sedangkan, saya percaya, hanya selepas membaca entri ini, Azimin mengetahui maklumat berhubung minyak diaurakan dengan bacaan Al-Quran dan ayat Syifa serta Rukyah itu.




Sebaik jangkasuhu dihalakan ke arah tubuh Azimin, suhu naik semula ke 90°F.




Sebaik sahaja nama Azimin dipanggil berulang kali, dia kelihatan kembali normal dan berikut bacaan suhu badannya dirakamkan oleh Razali.




Barangkali sebilangan pembaca mampu berkongsi pandangan berhubung fenomena terjadi bersama kami dan pembaca lain.

Joe pastinya menanti penjelasan itu.


Beberapa minit kemudian saya secara rawak terakam gambar di bawah, di luar bilik.


Apapun sekalung penghargaan kepada semua sudi membantu perlaksanaan tinjauan Kru 666 pada malam terbabit. 

Jika terdapat lokasi lain didakwa berpuaka atau dihuni entiti paranormal, hubungi saya dan salurkan maklumat ke mazidulakmal@yahoo.com.

Izinkan kami menyingkap fakta di lokasi dicadangkan.

Klik di sini untuk mengetahui perkembangan kegiatan kami seterusnya.

Jangan lupa menyaksikan paparan berhubung Penyingkap Fakta di Misteri Nusantara, 18 Julai 2012, jam 9 malam di TV3.

14 Komen :

kak ngah berkata...

yang last tu mungkinkah Ectoplasm?
wow..speechless.

pinkytigress berkata...

perghhh....seramm..bleh dgr dgn jelas...terbaekkk..!! :)

gmbr last tu mcm 666

Seronok membaca setiap coretan disini, goodjob bro.

Hunny Kitty berkata...

SMTI....tau tmpt 'rahsia' kat mana..pernah pegi tapi tak dapat masuk dalam...anjing besar2...lagipun tak kenal pak guard kat situ....tahniah team!

paan berkata...

kawasan mimaland dh pergi..???tempat nostalgia tu...

AJ berkata...

Macam sel sperma hantu gambar last tu

Nadie az berkata...

smti..entri yang menarik...

musfirahmd berkata...

@paan.. ni mcm mimaland je ni :P
papepon.. dalam menyingkap rahsia2 alam laen ni.. smoga Allah bekalkan dgn manfaat/pengajaran dalam setiap gerak kerja..
bukan untuk kita takut. tapi untuk kita percaya dan yakin. Allah mampu lakukan ape saje. dan Allah pencipta segala makhluk yang ada.
means~~ bumi ni bukan manusia n hidupan yg kita nampak je yg tinggal :)

Unknown berkata...

Assalam, sahabat yg dirahmati Allah. Dengan izin Allah,Itulah pergerakan jin,adakalanya ia seperti bola api. Jika jin berhampiran dgn kita,kita akan rasakan hangat suhu.Maka itu Allah mencipta bulu roma.

Chubby Tini berkata...

Wah... Lagi satu tinjauan yg unique... Abg Mazidul pergi but research2 gini tu baik2.. Kaki abg dah baik dari luka hari tu? Btw All members of Penyingkap Fakta 666... Great Job!!! Kak Jet.. Salute u Sis.. Very brave of you... :P

Tanpa Nama berkata...

Kalo pergi ramai2 comfirm xdak entiti tu..cuba pergi 3 org krew je..mesti gempak mcm ghost adventure crew atau resident undead..tp yg best nya ghost adventure ni 3 org je krew dia..resident undead plak diorg tinjau smpai dpt jumpa dgn entiti tu..apa2 pon usaha trbaik penyingkap fakta..

pi la kat umah lama mona fendi..nak gak tahu ape yg ade kat ctu... ??

musafir berkata...

'serangga' tu labah-labah.

yg last tu apa erk? serangga mana yg blh synchronized flying? blh masuk olimpik nih!